Wednesday, May 4, 2011

Petrol Ron97 naik 20 sen lagi


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Petikan: Malaysiakini

p/s: nasib la mereka yang menggunakan enjin turbo atau Honda Type-R..terpaksa bayar mahal untuk mendapatkan minyak Ron97 (minyak perfomance)..aku hanya mampu menggunakan Ron95 a.k.a minyak mesin rumput..


8 comments:

si para para said...

terima kasih pm

r-5 said...

halamak! naik lagi. siak je. pkai moto je la pasni~

atanseri said...

dah cek ke belum keadaan dalam enjin yang pakai ron95... mesti ada beza yang teruk kepada enjin yg guna ron95 berbanding ron97. ron95 cam semput bila guna. rosak la kereta aku tak lama lagi.

belais said...

jgnkan enjin kereta...enjim mesin rumput pun pandai semput pakai ron95..heheh

NURUL NAJWA said...

aish~ parah2... @__@

soooooour said...

tp still harga minyak paling murah didunia...

khalidahmacambaguss~O_o said...

terima kasih BN!!!!!!

┌ (˘⌣˘) ┐

*tangan di bahu, mata pandang ke atas

Anonymous said...

rakyat perlu terima hakikat harga minyak tidak selamanya akan murah. tapi kerajaan perlulah bijak...mcm kasi naik gaji ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...