Sunday, January 23, 2011

Perkahwinan Ayu Raudhah

Dengan sekali lafaz sahaja, pelakon Ayu Raudhah sah bergelar isteri kepada, Zaquan Adha.



ALOR SETAR - Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon jelita, Ayu Raudhah Che Wan, 27, selamat diijab kabul dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini petang semalam.

Pasangan yang bertunang pada 17 Oktober tahun lalu itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil berwalikan abang Ayu Raudhah, Roshidi, 32, dengan mas kahwin RM1,888 pada pukul 3.45 petang.

Dengan sekali lafaz, pelakon drama Nur Kasih itu sah bergelar isteri kepada, Zaquan Adha.

Pasangan itu kelihatan berseri dengan pakaian rona krim rekaan Man Kajang.



Sumber: KOSMO

3 comments:

logorithm said...

Pergh! I'm your first follower! Hehe...

xcyber said...

smoga diorng berbahagia
amin..

shadowz said...

aku ske yang natural... make up pun just cket2 je... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...