Monday, March 28, 2011

12 Pelajar AF9


KUALA LUMPUR, 28 MAC 2011: Selepas menjalani proses undian secara online menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) serta penjurian dari juri profesional, inilah dia barisan 12 pelajar AF9 yang telah dipilih secara sah serta bakal mengharungi cabaran sebagai penuntut AF9.

AF9 yang diterbitkan Astro akan mula disiarkan di Astro Ria saluran 104 bermula 2 April ini.

Bagaimanapun, daripada 12 pelajar AF9 yang diumumkan dalam majlis sidang media pelajar AF9 dan tenaga pengajar AF9 di AEON AU2 Setiawangsa, sebentar tadi, tiga di antaranya berstatus artis realiti TV yang mana sebelum ini mereka pernah menyertai program realiti TV bukan terbitan Astro.

Apatah lagi, ada juga yang sudah mempunyai lagu single sendiri dan pernah dicalonkan dalam program Muzik-Muzik iaitu Azri. Selain Azri yang pernah menyertai program Mystar LG, Afif yang juga saudara kepada pelakon kacak, Kamal Adli pernah bersaing menerusi program yang sama. Pun begitu, Azri bertanding dalam Mystar LG 2 dan Afif pula Mystar LG musim pertama.

Seorang lagi pelajar lelaki AF9 yang pernah menyertai program realiti TV adalah Erul yang mana sebelum ini dia dikenali dengan nama Khairul dari kumpulan Evo iaitu protege kepada Jaclyn Victor dalam program Mentor.

Produksi AF9 kali ini turut memilih adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Kay yang tidak putus-putus mencuba nasib sebagai pelajar AF bermula dari musim yang kelima lagi. Selebihnya, 8 pelajar AF9 yang lain ialah Amir, Raqib, Lena, Laika, Eka, Aida, Nera dan Miza.

Selain mengumumkan barisan 12 pelajar AF9, majlis pada petang itu turut mendedahkan senarai barisan tenaga pengajar yang bakal mendidik kesemua pelajar ini. Mereka yang dipilih adalah Syafizawati dan Ning Baizura sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.

Bagaimanapun, pihak Astro masih lagi merahsiakan siapakah calon paling layak yang bakal menduduki kerusi panas pengetua yang mana nama pengetua yang rasmi akan diumumkan pada 2 April depan sewaktu siaran langsung ke udara di Tirai AF9 yangakan menampilkan Aznil Hj Nawawi sebagai hosnya.

Dalam pada itu, pihak produksi juga masih merahsiakan siapakah 2 selebriti yang bakal menjadi juri tetap AF9. Namun, penganjuran AF kali ini bertambah menarik kerana penonton dapat lihat sendiri setiap pelajar ini belajar yang mana kelas AF9 dibina di AEON2 Setiawangsa dalam studio kaca.

Apapun, jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert Tirai AF9 yang akan diadakan di AEON2, Setiwangsa jam 9 malam. Sebelum berlangsungnya konsert Tirai, sebuah mini showcase akan diadakan dengan menampilkan bintang AF seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Zahid, Shahir dan ramai lagi.










Tenaga Pengajar AF 9


Petikan: Murai.com

1 comment:

ejoy said...

aisi tu bukan pernah masok mentor ker...balak si salim akan klu tak salah ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...