Tuesday, February 1, 2011

Minyak Ron 97 naik 10 sen


Ini berita yang kurang menyenangkan kepada pemilik kereta berenjin "Performance".. adakah harga minyak Ron 95 akn mengikuti jejak langkah harga Ron 97 tak lama lagi??? bersiap sedialah menghadapinya...huhuh


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

1 comment:

Fariehan Ibrahim said...

wahhh, gembira teruja mndgr berita ini. T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...